Skip to main content

Politik

WARISAN teliti rundingan kerusi bersama STAR, KDM hadapi PRU16 - Shafie

TB_SHAFIE APDAL_SHAFIE APDAL
Shafie berkata, perbincangan bersama kedua-dua parti itu antara perkara yang sedang diperhalusi bagi memastikan strategi menghadapi PRU16 dapat disusun dengan sebaiknya. - Gambar fail
Advertisement

KOTA KINABALU: Parti Warisan (WARISAN) sedang meneliti secara terperinci rundingan kerusi bersama Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, perbincangan bersama kedua-dua parti itu antara perkara yang sedang diperhalusi bagi memastikan strategi menghadapi PRU16 dapat disusun dengan sebaiknya.

Menurut beliau, tumpuan utama ketika ini adalah memastikan rundingan yang dijalankan dapat mencapai matlamat politik, termasuk usaha merealisasikan 25 kerusi untuk parti Sabah.

“Ketika ini kita sedang teliti secara terperinci apa yang penting untuk kita menang pilihan raya ini. Saya juga telah halusi perbincangan dengan rakan-rakan saya, sama ada STAR ataupun parti KDM,” katanya ketika ditemui di Pejabat Parti Warisan di Kota Kinabalu, hari ini.

Beliau berkata, sebarang bentuk kerjasama termasuk rundingan kerusi masih dalam penelitian dan keputusan mengenainya akan bergantung kepada hasil perbincangan bersama parti terbabit.

Katanya, sekiranya rundingan berkenaan dapat direalisasikan, perkara yang perlu diberi perhatian adalah memastikan kerusi yang diperuntukkan dapat membantu memperkukuh kedudukan anak Sabah.

“Kalau dilihat yang hanya satu dapat kita realisasikan, iaitu untuk membolehkan jadi 25 kerusi. Yang pentingnya kita fikirkan, 25 kerusi ini bagilah kepada anak Sabah,” jelasnya.

Must Watch Video

Advertisement