Skip to main content

Politik

Parti Wawasan Negara akan lantik 24 penyelaras bahagian di Perak

Sumber: WAWASAN
Menurut Zainol Fadzi, mesyuarat khas Perwakilan Wawasan pada Jumaat telah meluluskan usul mengenai pindaan perlembagaan parti terutama berkaitan struktur di peringkat pusat, negeri dan bahagian.
Advertisement

IPOH: Majlis Tertinggi Parti Wawasan Negara (Wawasan) akan melantik seramai 24 penyelaras bahagian parti itu di Perak dalam masa terdekat.

Penyelaras Wawasan Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, antara peranan utama penyelaras bahagian ialah untuk mendaftar seberapa ramai ahli baharu sama ada secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang.

Menurutnya, mesyuarat khas Perwakilan Wawasan pada Jumaat telah meluluskan usul mengenai pindaan perlembagaan parti terutama berkaitan struktur di peringkat pusat, negeri dan bahagian.

"Sementara menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai pindaan perlembagaan ini, semua Penyelaras Bahagian yang bakal dilantik berperanan untuk memulakan urusan kemasukan ahli-ahli baru bagi menyertai Wawasan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, Wawasan Perak ingin mengajak seramai mungkin rakyat di negeri ini menyertai parti itu untuk mencipta sejarah bersama.

Menurutnya, mereka juga turut membuka pintu kepada bekas-bekas pemimpin, ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bersama-sama menyertai Wawasan.


 

Must Watch Video

Advertisement